Manage a business? We are running FREE Listing and Events Promotion until 31st January 2011. Get Listed on dRPlaces today

Taman Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Pahang

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, di Pahang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat gajah Malaysia.

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ini akan memberikan anda peluang mempelajari sifat haiwan ini.

Anda akan berpeluang untuk menunggang gajah dan masuk ke dalam hutan, dengan bantuan petugas, atau gembala gajah.

Bagi mereka yang berani dan sukakan pengembaraan, anda berpeluang membawa gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada yang lebih hebat jika dapat menyentuh haiwan ini.

Dianggarkan hanya tinggal 1,200 ekor gajah liar Asia, juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan ini satu-satunya pusat perlindungan yang dibina untuk menempatkan semula haiwan ini.

Gajah telah diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan sebuah pusat perlindungan yang selamat di hutan.

Panduan Perjalanan

Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Karak menuju Daerah Lancang, melepasi Kampung Karak sepanjang perjalanan anda. Setelah tiba di Lancang, anda akan dapat melihat stesen gas BP di tepi jalan. Belok ke kiri sebelum stesen gas, kemudian ikut papan tanda jalan menuju ke Bolok. Anda akan melepasi penempatan Orang Asli dan di hujung jalan, anda akan tiba ke Pusat Perlindungan Kuala Gandah. Perjalanan ini mengambil masa antara 2 hingga 2 1/2 jam dan jaraknya 160km dari Kuala Lumpur.

 

Sila Hubungi

National Elephant Conservation Centre

Alamat:
Department of Wildlife and National Parks, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur.

Telefon: +609 – 2790 391
Faks: +609- 279 0398

Attractions

Related Listing

Place Your Review

Rate this place by clicking a star below :